Wednesday, June 15, 2011

BARISAN EXCO PENGAWAS 2011 / 2012

Barisan EXCO Pengawas Sesi 2011/2012
Dari kiri : Fatin, Haziqah, Nash, Cikgu Abdul Talib bin Sulaiman PK HEM, Hamkar, Asmawati

Nash Hafizi menyandang jawatan Ketua Pengawas

Monday, June 13, 2011

TIPS SOALAN TEMUDUGA PENGAWAS SEKOLAH

1) Soalan berkaitan maklumat diri pelajar.
2) Apakah keputusan peperiksaan PMR anda?
3) Adakah anda aktif dalam bidang kokurikulum?
4) Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas?
5) Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah?
6) Bolehkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian?
7) Bolehkah anda hadiri program-program yang dijalankan pada waktu cutisekolah?
8) Adakah anda mempunyai pengalaman menjadi pengawas semasa di sekolah rendah?
9)  Adakah anda pernah memegang jawatan-jawatan lain sebelum ini?

Soalan berbentuk situasi.
a. Apakah tindakan anda sekiranya dibuli semasa menjalankan menjalankan tugas?
b. Anda bertugas menjaga pintu pagar sekolah, apakah tindakan anda sekiranya kawan karib anda sendiri yang datang lewat?

Monday, June 6, 2011

DARI KACAMATA SEORANG KETUA PENGAWAS

Sudah menjadi fitrah,di sekolah aku,setiap kali pertengahan bulan, akan diadakan pelantikan Ketua Pelajar(di sekolah lain memanggilnya pengawas atau prefect.Kalau ketua sekolah dipanggil Ketua Umum). Tugas Ketua Pelajar adalah menolong cikgu membuat kerja,mendisiplinkan pelajar dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

Ketua Pelajar atau KP adalah satu-satunya grup yang mempunyai peminat dan pebenci tersendiri. KP adalah golongan pelajar yang diperhati oleh semua orang kerana mereka ini berbaju ungu. KP ini juga menjadi sasaran apabila hendak difitnah sekiranya sesuatu barang dirampas dan perbuatan dikantoi. Tugas KP ini nampak susah.

CABARAN MENJADI SEORANG KETUA PENGAWAS SEKOLAH

Ketua Pengawas Sekolah? Tidak pernah ku impikan jawatan ini. Tetapi demi bangsa dan negara. Aku menyahut cabaran ini. Ketua Pengawas Sekolah? Semua orang boleh memegang jawatan ini tetapi sejauh manakah seseorang itu memainkan peranannya sebagai seorang ketua?

Dalam konteks ini, seorang ketua terbahagi kepada dua sikap.

1. Bertanggungjawap.
2. Lepas tangan atau sambil lewa.
 

Monday, May 30, 2011

Panduan Memakai Tali Leher

Ikatan Tali Leher "Cross Knot"
Ikatan Tali Leher "Windsor"
Ikatan Tali Leher "Half Windsor"



 Ikatan Tali Leher "Four in Hand"

Sunday, May 29, 2011

Sekitar Pilihanraya Ketua Pengawas sesi 2011/2012

C. Shafie, PK 1 mengundi calon pilihan
C. Salim mengundi calon pilihan
C. Izzati mengundi calon piliha

Pada tanggal 25Mei yang lalu, satu Pilihanraya Ketua Pengawas bagi sesi 2011/2012 telah di adakan. Pilihanraya kali ini menyaksikan seramai 6 orang calon Ketua Pengawas Lelaki dan 6 orang Calon Ketua Pengawas Perempuan bertanding. Seramai lebih daripada 70 orang guru termasuk kakitangan sokongan telah mengundi. Satu Suruhanjaya Pilihanraya, SPR yang terdiri daripada 5 orang pengawas berkecuali telah dilantik untuk memastikan pilihanraya berjalan dengan lebih lancar. Keputusan pilihanraya akan diumumkan selepas cuti pertengahan penggal kelak.