Monday, June 6, 2011

DARI KACAMATA SEORANG KETUA PENGAWAS

Sudah menjadi fitrah,di sekolah aku,setiap kali pertengahan bulan, akan diadakan pelantikan Ketua Pelajar(di sekolah lain memanggilnya pengawas atau prefect.Kalau ketua sekolah dipanggil Ketua Umum). Tugas Ketua Pelajar adalah menolong cikgu membuat kerja,mendisiplinkan pelajar dan menjadi contoh kepada pelajar lain.

Ketua Pelajar atau KP adalah satu-satunya grup yang mempunyai peminat dan pebenci tersendiri. KP adalah golongan pelajar yang diperhati oleh semua orang kerana mereka ini berbaju ungu. KP ini juga menjadi sasaran apabila hendak difitnah sekiranya sesuatu barang dirampas dan perbuatan dikantoi. Tugas KP ini nampak susah.
 Tugas pengawas sebenarnya aku pegang sejak tahun 2002-2003 dan seterusnya pada tahun 2005 setelah berpindah sekolah. Dan aku juga pernah merasa menjadi Ketua Pengawas pada tahun 2005 merangkap Ketua Murid ketika itu.Lalu,tugas ini terus aku pegang di sekolah menengah pada tahun 2007-sekarang.

Apa aku nak cakap,tugas pengawas/Ketua Pelajar
Sangat Best!
Tugas KP sangat best dan menjadikan aku rindu dengan tugas ini. Bukan jawatan itu yang aku kata best,tapi tugas KP ini,menjadikan hidup aku penuh dengan kehidupan. Walaupun aku banyak sangat kali difitnah,dikeji,dimaki,dipulau,dipijak,dan segala di lagi,tetapi sebenarnya tugas pengawas adalah suatu tugas yang sangat menyeronokkan.

Kat sini,aku senaraikan apa yang bestnya dalam KP ini:

1) Anda adalah satu grup/kumpulan. Oleh itu,anda telah memiliki kawan secara automatik anda akan dapat kawan untuk berborak,bergurau dan menolong anda ketika kesusahan hatta ketika tidak siapkan kerja sekolah.Kalau kena hentam oleh mana-mana pelajar lain,anda boleh menepek dekat grup KP

2)Anda akan nikmati macam-macam kem yang orang lain tak pergi. Pergi ke kem,anda akan dapat segala pengalaman yang menyeronokkan dan tak akan dilupakan.

3)Anda akan menjadi sasaran cikgu untuk menolong. Masa anda di dalam kelas boleh disingkatkan(haha..ini nakal sikit)

4)Apabila anda kerja,sebenarnya anda belajar juga seperti sabar,amanah dan toleransi (macam blog 1Malaysia pulak)

5)Dan sebenarnya,dalam tidak sedar,kalau kita menolong cikgu-cikgu dan orang lain,Allah akan bantu kita.Doa kita pun senang nak makbul sebab kita dah berjaya menegakkan kebenaranNya.


Inilah antara benda yang aku dapat dalam KP ini.Betul,tak tipu.Memang inilah yang aku dapat.Dan ini pula adalah tanggapan negatif dalam KP ini:

1)Tugas KP menyempitkan masa belajar.

-mana ada.korang bukannya kerja KP 24 jam.Korang hanya ditugaskan untuk susun kerusi kat dewan sebelum perhimpunan,round asrama 10 minit dan tolong cikgu hantar barang. jadi, bila masa pulak KP ini menyempitkan waktu belajar korang?

2)KP akan selalu dipulau budak-budak lain

-cuba kalau kita jangan jadi macam 'KP' yang diorang sangkakan. Jadi biasa aje. Kerja,dan kita jadi diri kita. Ni KP yang dipulau ni adalah KP yang bila jadi KP,mulalah nak tunjuk baik depan semua orang.Berubah tiba-tiba.Memang perangai ni orang menyampah.

3)KP selalu bermesyuarat

Mesyuarat?Tolonglah..tak banyak mesyuarat sebenarnya kalau menjadi KP.Kalau kita menjadi Exco dan MT KP sahaja ada banyak mesyuarat. KP biasa rilek je.Tapi yang jadi MT EXCO ni pun tak banyak sangat sebab KP takde poin sangat nak dibincangkan.Semua sudah diatur oleh cikgu.

4)KP membuatkan anda tension

Sebenarnya,diri koranglah membuatkan diri korang tensen.Orang lain OK je bila jadi KP. Tiada masalah.Tanya balik,kenapa kita tension.Sama ada KP,atau diri sendiri.

5)KP jauh dengan budak-budak

Apa nak jauhnya?KP la kena sangat dekat dengan pelajar lain supaya boleh nasihat itu ini. Sebenarnya bila ada jurang antara KP dengan pelajar lain sebab pelajar lain nampak KP ni menyusahkan dan membosankan. Jadi,kalau korang jadi KP,jadilah KP yang tak membosankan dan berjaya menarik beberapa ramai orang.

6)KP tak bebas lakukan itu ini

Tak bebas nak melanggar peraturan dan bersuka ria?Sebenarnya kita bertuhankan siapa?

7) KP akan menjadi kuli cikgu

Kuli?Kalau kuli,semua kerja yang dilakukan akan dipandang sepi.Majikan tak ambil peduli walaupun banyak buat kerja. Tapi kalau betullah KP ni kuli,cuba try jadi KP,berapa banyak penghargaan yang KP akan dapat daripada cikgu-cikgu.

Dan inilah antara perkara yang aku dapat daripada beberapa kajian dilakukan menjadi KP. Memang,walaupun KP ini merupakan tugas yang mencabar,KP ini jugalah yang akan membantu kita hidup di kehidupan sebenar. Tugas KP memang sangat menyeronokkan. KP membantu untuk melatih diri pelajar supaya bertanggungjawab dan tabah mengharungi kehidupan sebenar.

Buanglah tanggapan negatif tentang KP.Itu semua hanya mentaliti pesimis. Buangkan. Ingat,KP ini adalah tugas yang sangat digalakkan oleh Allah sebab semua tugasan KP ini adalah kerja Nabi dan Rasul pada masa dahulu-iaitu membetulkan manusia dan menyampaikan kebenaran.

Apalah guna kita belajar pandai-pandai tapi kita tak berbakti untuk sekolah.Kepada semua KP dan pengawas yang pernah bertugas bersama aku,terima kasih dan tahniah diucapkan.Pengalaman kita bersama takkan dilupakan.Kamu semua adalah sahabat sejati.

Kepada semua KP dan pengawas baru,selamat bertugas! Semoga anda semua gembira dan tabah mengharungi apa-apa pengalaman.Don't despair and never loose hope because Allah is always by your side....

1 comment: