Monday, June 6, 2011

CABARAN MENJADI SEORANG KETUA PENGAWAS SEKOLAH

Ketua Pengawas Sekolah? Tidak pernah ku impikan jawatan ini. Tetapi demi bangsa dan negara. Aku menyahut cabaran ini. Ketua Pengawas Sekolah? Semua orang boleh memegang jawatan ini tetapi sejauh manakah seseorang itu memainkan peranannya sebagai seorang ketua?

Dalam konteks ini, seorang ketua terbahagi kepada dua sikap.

1. Bertanggungjawap.
2. Lepas tangan atau sambil lewa.
 
Pertama.

Aku boleh memilih untuk untuk menjadi seorang Ketua Pengawas Sekolah? Bagaimana? Tugas sebagai Ketua ini akan dilaksanakan dengan amanah. "Yakni, ini tanggungjawap aku. Aku kena buat! Andai aku tidak melaksanakannya..pasti aku akan disoal di kubur kelak!" Apa yang pasti, semua arahan cikgu akan dituruti. Pastikan pelajar sentiasa berdisiplin.

 
Pastikan pelajar berdisiplin? Bagi sesiapa yang pernah menjadi pengawas sekolah pasti tahu feel peragai seseorang remaja. Degil! Panas baran! Melawan! Ya, itulah realitinya. Bagaimana aku mendisiplin mereka? Sebenarnya sukar bagi aku untuk mendisiplin mereka. Apa yang aku lakukan ialah...

Situasi 1.

Tempat: Dewan sekolah.

Barisan pelajar-pelajar berada dalam keadaan kucar kacir.

-apa yang aku lakukan ialah. Aku suruh mereka beratur dengan suara yang lembut dan sopan bagi aku.

" Sila masuk barisan..."
" Masuk barisan gik nun..."
" Oi, masuk barisan laa..."

Selepas aku mengucapkan kata-kata ini. Kesabaran aku telah sampai kemuncaknya.

" Woi!! Sila masuk barisan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" dengan suara yang kuat.

Wajar kan aku bertindak begini? Bayangkan aku seorang? Mereka ramai. Apabila kita lembut.. mereka naik kepala. Kalau tegas, baru mereka tahu tinggi rendah langit dan bumi. Apa pendapat korang. Memang wajar kan aku menggunakan suara yang kuat untuk mengarah segelintir daripada mereka yang menjadi sampah masyarakat? 

Kedua.

Merujuk situasi satu juga. Aku akan buat tidak tahu. 

"Lantak diorang lah nak beratur ke tidak..."
"Mampus gi la!!"

Andai aku bersikap sambil lewa dalam tugas aku sebagai seorang ketua pengawas. Pasti, pelajar-pelajar ini akan bertindak di luar kawalan. Keluar dewan sesuka hati. Hisap rokok dalam tandas dan sebagainya.

***
Aku boleh menjadi seorang ketua yang bertanggungjawap dan tidak bertanggungjawap tetapi guru melantik aku untuk menjaga disiplin sekolah. Memastikan pelajar mengikut peraturan sekolah,kan? atau.. aku tidak tahu tugas apa yang perlu aku lakukan sebagai ketua pengawas? Entah la.

Sebenarnya banyak persoalan yang bermain di minda aku. 

" Tidak apakah aku menjerit terhadap pelajar itu?"
" Tidak apakah aku menahan pelajar itu?"
"Tidak apakah aku menguatkan suara aku suruh pelajar beratur di hadapan guru?"

Inilah persoalan yang bermain di minda aku. Aku takut andai guru fikir aku ni gila kuasa ke apa ke. Tidak, aku tidak sama sekali gilakan kuasa. Aku cuma ingin membetulkan bangsa aku. 

Dulu, di sekolah SMK Kuala Balah. Hanya guru disiplin lah yang marahkan pelajar yang 'kurang ajar". Bukan pengawas. Dulu, hanya guru disiplin lah yang mengarahkan pelajar membetulkan barisan dengan dibantu oleh pengawas. Yang memaki hamun dan marah terhadap pelajar semua guru. Pengawas hanya mengikut arahan guru.

Tetapi disini..lain. Jauh berbeza. Jujur aku cakap.  Peraturan di sekolah ini masih longgar bagi aku. Pelajar harus bersyukur tetapi sebaliknya. Di Kelantan.. Guru amat tegas terhadap pelajar.. Tetapi di sini...kurang tegas sedikit.

Oleh kerana guru kurang tegas. Bukan aku kata guru di sini tidak tegas tetapi kurang tegas. Jadi, aku sebagai Ketua Pengawas menjadi serba salah untuk "membetulkan pelajar". Aku jadi keliru. Apa yang aku cuba nyatakan disini ialah dulu..aku bertindak atas arahan guru tetapi sekarang aku harus bertindak mengikut keadaan. Faham tak? 

" Betul ke tidak tindakan aku ini?" soal hatiku.

Kadang-kadang aku berfikir... "patut ke aku bertindak tegas terhadap mereka". Entah laa....
Kadang-kadang kalau aku ikut kata hatiku....

" Biarkanlah mereka..."

Pasti mereka tidak akan menjadi manusia yang berdisiplin......

Nota: Jauh berbeza bangsaku di sana dengan bangsa mereka di sini... dan aku tidak mampu mencorak mereka..... Aku bukan mengeluh tetapi aku mempersoalkan tindakan aku sama ada betul atau tidak?

2 comments:

  1. Asalamualaikum.. Betul tu...lagi2 nk tegur kawan yg sama umur.kalau yg ngam dengan kita,senang La sikit nak tgur,tapi yg cmkn saman tu..payah sikitt...

    ReplyDelete
  2. Saya bakal ketua pengawas tahun depan tapi saya dh dilatih awal utk jadi ketua pengawas..memang macam tulah gerak hati perasaan saya selama memegang jawatan tu..skolah pun x 100% harapkan cg..

    ReplyDelete