Majlis Watikah ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Beladin, En Mohamad Nor bin Narudin. Seramai 85 orang pengawas sekolah telah dilantik bagi sesi 2011/2012. Majlis dimulai dengan bacaan ikrar oleh Faris Fikri bin Musaini. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian watikah perlantikan kepada wakil pengawas harian, Ras Syazri bin Rosli dan wakil pengawas asrama, Faazila binti Ilah. Dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas tersebut, maka besarlah harapan pihak sekolah agar para pengawas dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan selaras dengan cogan kata pengawas iaitu "Pengawas hari ini merupakan pemimpin Negara masa depan". Sekian.
No comments:
Post a Comment