Monday, January 31, 2011

Pengawas Cemerlang PMR 2010

Semua warga pengawas SMK Beladin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Khairul Aizat bin Haidzir (8A), Nor Haziqah (7A), Azrul Abdullah (6A) yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010 yang telah diumumkan baru-baru ini.
6A
     Menurut Azrul Abdullah, beliau juga turut bergiat aktif dalam bidang kokurikulum seperti kelab PRS, kelab Catur dan Pengakap. Beliau merupakan ahli pengakap yang sangat aktif dan sering mengikuti perkhemahan pengakap. Beliau juga merupakan seorang pengawas yang sering memimpin bacaan doa di majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pengalaman menjadi seorang pengawas di SMK Beladin banyak membantu beliau menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Badan Pengawas SMK Beladin sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Azrul Abdullah atas sumbangan beliau sebagai pengawas sekolah. Semoga beliau akan terus mencapai kecemerlangan di sekolah baru beliau iaitu di MRSM Betong.
7A


       Bagi Nor Haziqah pula, kejayaannya adalah disebabkan tumpuan yang diberikan seratus peratus semasa guru mengajar. Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai seorang pengawas, beliau tetap komited dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga turut aktif dalam bidang kokurikulum. Diharapkan agar Nor Haziqah dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan mengharumkan lagi nama Pengawas SMK Beladin.

No comments:

Post a Comment