Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ketika di ambang usia remajalah, cinta mula dikenali. Semuanya berlaku apabila seorang insan yang dahulunya kanak-kanak kini mengalami perubahan dari sudut fizikal, mental, emosi, sosial dan moral. Inilah perubahan yang membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam remaja. C.I.N.T.A. bagi remaja boleh diterjemahkan sebagai "Cuma Ingin Nak Test Aje". Maka atas tafsiran inilah cinta yang suci menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah remaja. Buktinya ialah apabila bertambahnya kes-kes perzinaan, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi secara berleluasa dan pelbagai lagi penyakit sosial dalam kalangan remaja yang menjadikan cinta sebagai "C.I.N.T.A".
Justeru itu, jika benar kita faham tentang cinta, tanamkanlah dalam jiwa kita lima kecintaan hakiki iaitu:
- Cinta kepada Pencipta
- Cinta kepada Nabi dan Rasul
- Cinta kepada ibu bapa
- Cinta kepada ummah
- Cinta kepada kecemerlangan
No comments:
Post a Comment