Wednesday, February 2, 2011

Tokoh Pengawas ke Menara Gading

Juliza Alek
Juliza binti Alek merupakan salah seorang pelajar perintis SMK Beladin yang baru dibuka pada 2006. Beliau yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah telah dipilih menjadi Ketua Pengawas Perempuan SMK Beladin pada tahun 2006 sehingga 2008. Beliau merupakan satu-satunya pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mendapat 8A dalam PMR 2008. Juliza kemudiannya menyambungkan pelajaran di MRSM Betong. Kecemerlangan beliau diteruskan apabila beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara gading apabila diterima masuk ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor berdasarkan hanya keputusan percubaan SPM. Beliau ditawarkan biasiswa oleh MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan peringkat sarjana muda.
Badan Pengawas SMK Beladin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Juliza binti Alek kerana telah mengaharumkan nama sekolah sekaligus membawa nama baik pengawas. Semoga Juliza dapat mencapai cita-citanya sebagai jurutera. Di harapkan agar ramai pengawas SMK Beladin akan mengikut jejak langkah beliau.

No comments:

Post a Comment